Sunday, 3 May 2009

BISNES OH BISNES

Dalam masa sekarang ni duit sgt penting untuk kita meneruskan hidup.. yela untuk belanja pokoknya untuk hidupla everything is money ....Kira kira balik gaji kakitangan kerajaan mmng la sekarang ni ok .. boleh la tapi tu basic je . tak termasuk potongan lagi ..oleh sebab itulah ramai sesangat yang buat bisnes @kerja sampingan untuk cover balik yang terpotong tu.. Sama gak ngan aku baru keje je dah ade potongan .hehehheheh. biaselah .nak buat mcm mana kita semua perlukan cash yang bnyak untuk macam macam benda yang penting maupun yang mengepet.(mengarutla) .So bermulanya era seorang businessman mcm aku dengan satu tujuan je bukan nak kaya tapi nak bagi cukup je bulan2.. Mcm macm business yang aku try . tapi semuanya gagal . sebelum aku keje gomen ni aku pun dah business , bukak restoren . tahan setahun je. entahla mana silapnya .. aku la kot yang silap .. bnyk jugak duit aku habis . yela konon nak bagi banyak ape terus bagi habis terus .. kalaulah aku simpan kat asb bnyak gak dividen dia.. tapi apa nak buat. So lama gak aku frust dah maleh nak niago lagi dah . sampailah keadaan sgt mendesak untuk aku . Buat jugak tapi tak berjaya gak ... so aku pun ambil langkah drastik untuk bermula dengan peniagaan makan . aku bukak stall hehehehheh. lama2 ok gak bolehla .. sekarang aku buat bisnes internet http://penawar2u.com.aku buat space iklan sesape nak iklan bolehla 50 hinggit dua minggu untuk aku publish iklan korang .... lagi aku jadi agent KOPERASI SEBAGUNA PERTANIAN PERUSAHAAN KEMAJUAN BERHAD ..Buat pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun .. semua proses dokumentasi ke ambik settlement dengan bank untuk tutup hutang korang kitaorang buat .itu je aku rasa lebih skit daripada orang lain. maklumat lanjut call aku 016-4997402 Shahril ...

Saturday, 2 May 2009

ENTAH LAH...........

Hari ini saya menyahut cabaran Pahlawan Melayu untuk menulis dalam blog sendiri.Takpe kadang- kadang kita kena terima hakikat yang kengkawan ni sangat memerhatikan kita .. Sebenarnya takde ape yang nak diceritakan dalam blog ni cuma gatal gatal tangan je. nak komen isu isu semasa rasanya komen aku tak berapa mantap kot.untuk di baca . so aku sekarang ni menulisla apa yang aku tahu .. sekurang kurangnya benda yang aku tulis ni jujur . betul tak ?? sekarang ni ramai yang jadi bloggers . yela menyahut saranan supaya semua staff ada blog sendiri . tapi sejauhmanakah keberkesanannya? ... adakah ia hanya sekadar copy and paste? (mcm pahlawan melayu kata kat aku ) adakah ianya mampu menangkis serangan media alternatif yang merupakan media baru untuk golongan muda ??? .adakah ia juga merupakan satu tempat luahan para para bloggers yang baru? entahlahh.. tapi satu perkara yang aku nampak bila masing masing ade blog. sama sama lah kita merapatkan barisan bersama untuk sekurang kurangnya mencuba menjadi orang yang mampu memberikan impak kepada apa yang di tulis .entahlaaaa













































































































adakah ia merupakan diari kepada bloggers bloggers yang baru?

Tuesday, 10 March 2009

SIAPAKAH ??????

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik
.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

??????????????

Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapatdifahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupondari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka ygmutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatanselepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah sayamengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umatmanusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh,tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi inidan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka(pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawahtelunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaumYahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumiAmerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akanberlaku terhadap kaum Yahudi.Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaumYahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasaMelayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasimendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedangbadan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalimdiGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawakepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambahbongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanyasecara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara dietsaya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi ygbaik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir

Universiti MassachusetUSA.



Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasaioleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitunghari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudibegitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah inisuatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikanuntuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan andatesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini keranauntuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadisaya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sayaperhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan siibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalahmetamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yangmengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapasoalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memangminat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Sayabertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia,ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otakbeliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalikkepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatiksehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awalmengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpakepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepalaikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangandan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adatorang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipanuntuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkarapertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg samaperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurutmereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dankacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialahmereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkanbuah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kitamerasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumahYahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruhanda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurutsaintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapatmerosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, inibermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodohatau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalamibidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anakanak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacangbadam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalampengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telahdilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurutmereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQkanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senamanuntuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaumYahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatikberkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Didalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak diCalifornia, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahunkebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anakYahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokussesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disinimurid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkanmencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannyalucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupasenjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institutetinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguhterperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentangperniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niagadikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akanlulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungansebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaianseluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidakhairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah ygmencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel olehfakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salahsatu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka inidapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyakugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnyamenunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otakkita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka seringmenunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepunyg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka ygberminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jikamereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpafaedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan andauntuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itulahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman diHollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawahnaungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakultiperubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dandigalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpafaedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan Californiasentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijakboleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibumengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapikonsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah carapemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otakkanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatihanak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukankonsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodohakan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan danbegitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotakrokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Sayapuji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! danseperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sajaIndonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asakrokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Denganpenduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapatdisana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakahmereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa merekabegitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakahkedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukanakibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hinggake Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin sayaketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijakseperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianyamemerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dansaya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiritentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program ygtelah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapatmenulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenaiMengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak danbersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasanbangsa.

Thursday, 5 March 2009

Islamic Hijri Calendar

Take a look at this:
http://al-habib.tripod.com/hijricalendar/hijricalendarcdcase01.htm

Monday, 15 December 2008

Salam

Assalamualaikum............

Hari ni aku dah start la nak tulis sikit2. Takde ape pun cuma saje suka suka . untuk bahan bacaan sendiri. anyway sekarang ni sibuk sikit la tiap tiap minggu ade kerja .

KEBERKATAN SURAH AL IKHLAS

Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).




Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertim ana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pes ana nku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang ana k Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa ana k- ana knya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a’lam

ﻢﻼﺳﻭ